Sabtu, Oktober 17, 2015

Minggu Keenam Final Year Project




      Pada minggu keenam kami telah diarahkan untuk membentangkan tajuk final year kami dihadapan pensyarah lain. Ini adalah slide yang saya sedikan untuk menambahkan lagi projek saya untuk dibentangkan dihadapan. Kami juga diarahkan memperbanyakkan lagi kajian berkenaan tajuk kami. Seperti saya memilih promosi saya perlu banyak kan kajian berkenaan banner, kajian tvc, banting dan sebagainya dari luar negara dan dalam negara.


Ini Adalah visual research saya






Ini adalah kajian saya melalui Tvc








Saya memilih iklan tvc melalui bali.





Minggu Kelima Final Year Project




Pada minggu kelima saya lebihkan lagi tentang Eight Acres. Menceritakan tentang Eight Acres dengan lebih lanjut.





          Eight Aches yang terletak di Raub, Pahang merupakan sebuah tempat penginapan butik yang terletak di sebuah lembah di antara kebun buah-buahan seperti kelapa sawit dan getah di Raub. Eight Aches mengambil namanya daripada tanah yang mereka miliki iaitu sebanyak 8 ekar bidang tanah yang pada dasarnya merupakan hutan yang hanya terdiri daripada kebun kelapa sawit dan pokok-pokok durian.
          Selain itu, Eight Aches juga merupakan sebuah tanah yang menghijau dengan dikelilingi alam semulajadi. Eight Aches juga sebuah tempat perlindungan untuk pengembaraan dan renungan yang lebih kepada ketenangan alam serta tapak semaian untuk jiwa yang cintakan alam semulajadi. Tempat ini juga merupakan tempat peranginan yang direka dan dibina oleh D Jungle Resort yang dalam usaha untuk menyediakan sebuah tempat di mana pengunjung boleh menjadi diri sendiri serta boleh melibatkan diri dalam alam dan dapat melihat sendiri keindahan alam dalam cahaya yang dibangunkan.


Antara aktiviti yang terdapat di Eight Arces

          Aktiviti yang disediakan Eight Aches terbahagi kepada 2 bahagian iaitu aktiviti sampingan dan pelbagai aktiviti yang memerlukan bayaran. Antara aktiviti yang terdapat di dalam senarai aktiviti sampingan ialah ‘vegetables and fruits harvesting ( subject to availability )’, ‘paddle Board, permainan tradisional iaitu gasing dan guli dan congkak, ‘fish, duck, geese and chicken feeding’, ‘indoor games ( various board games, carroon board and mahjong ), ‘cycling’, ‘fishing (catch and release ), menunggang kuda dan ‘slack line ( postman walk ). Seterusnya, merupakan aktiviti yang pelbagai serta dikenakan bayaran ialah ‘high ropes ( flying fox, wall climbing and abseiling ), ‘4-wheel drive to Lata Berembun waterfall’, ‘tree adoption ( including plaque ), ‘ BBQ’, ‘team/family bonding activities’ memanah, ‘target shooting’ and ‘all terrain vehicle ( ATV ).

Antara aktiviti yang terdapat Di Eight Acres.



Aktiviti kekeluargaan 


Paddle Board


menangkap ikan dan lepaskan


Memberi makan angsa


7 penginapan yang disediakan oleh pihak Eight Acres



         Seterusnya, Eight Aches menawarkan penginapan yang cukup mewah serta bersesuaian dengan citarasa pengunjung. Eight Aches juga mempunyai sebanyak 7 penginapan yang berbeza-beza serta unik. Antaranya ialah Cascada, Dormitory, Javahouse, Kampung House, Mulbery place, The brick house dan The nomad’s way. Cascada merupakan sebuah penginapan yang mempunyai kedudukan berhampiran dengan air terjun dan bunyi dari segi terapi mental. Cascada yang boleh di diami seramai 5 orang yang mempunyai kelengkapan katil iaitu ‘1 super single’ dan ‘3 single’. Selain itu, Dormitory merupakan sebuah penginapan yang bercirikan dorm yang sesuai kepada mereka yang mempunyai ahli yang ramai serta menyediakan 6 unit katil 2 tingkat. Dormitory tempat yang terletak di atas bukit yang sesuai untuk melihat Eight Acres secara menyeluruh dari atas. Javahouse pula merupakan sebuah penginapan yang bercirikan ‘ Balinese villa’ mempunyai kawasan yang strategik untuk melihat permandangan dari bawah. Javahouse merupakan struktur pertama untuk menangkap permandangan mata semasa memandu memasuki Eight Aches. Di samping itu, kampung house merupakan ‘rustic wooden chalets’ yang di panggil sebagai kampung house yang berhadapan dengan kolam teratai serta dikelilingi dengan itik dan angsa. Merupakan tempat yang sesuai untuk mengimbau suasana kampung. Seterusnya, penginapan yang bercirikan inggeris yang dipanggil mulberry place kerana pokoknya berkembang betul di depan kedua-dua chalet semak Mulberry yang tidak hanya mengukir di ruang peribadi yang sejuk tetapi terdapat juga gula buah-buahan kecil grizzly merah serta pegunjung dapat memetik buah tersebut apabila sudah masak. Seterusnya, the brick house merupakan penginapan utama yang mempunyai tema tersendiri di setiap bilik yang disediakan untuk menggalakan renungan, perbualan dan idea-idea yang kreatif. The brick house penginapan yang sesuai untuk jumlah orang yang ramai. Akhir sekali, adalah the nomad’s way yang sesuai untuk mereka yang ingin merasai tidur dalam khemah di dalam hutan. The nomad’s way merupakan penginapan sesuai untuk mereka merasai alam semulajadi dengan lebih dekat. Pengunjung juga boleh melihat peringkat daun teratai di kolam, dan mendengar bunyi daripada pepatung serta memerhatikan bintang di langit, untuk memupuk sambungan primitif dengan hutan.


                
Java House

 Dormitory

 Mulberry House

The Brick House


Kampung House

Minggu keempat Final Year Project





         Pada minggu keempat saya sudah pastikan tajuk yang sebenar-benarnya untuk jadikan tajuk final year project saya ialah Eight Aches. Saya memilih Eight Aches kerana tempat ini kurang dikenali ramai serta tempat yang agak jauh dari bandar menyebabkan kurang pengunjung. pengunjung yang datang hanya mengetahui dari mulut ke mulut sahaja. Jadi saya telah email tempat tersebut untuk memilih tajuk tersebut. Saya berasa teruja sangat sebab tempat tersebut sangat cantik serta dikelilingi dengan alam semulajadi. Kenapa dinamakan Eight Aches kerana mempunyai keluasan tanah sedalam 8 ekar. Saya memberitahu tempat tersebut kepada supervisior dan supervisior saya juga turut menyukainya dan menerima tajuk tersebut (Alhamdullilah) Seterusnya, saya mula membuat kajian melalui web di kawasan tersebut.

Ini adalah link tempat saya mencari sumber rujukan untuk megetahui tempat tersebut.
http://eightacres.net/explore/about-us/

Aktiviti yang terdapat di Eight Acres.
















Minggu Ketiga Final Year Project


     Pada minggu ketiga saya berjumpa en sly dan en sly memberitahu saya bahawa saya sama tajuk kajian dengan budak kumpulan lain. Saya terpaksa menukar tajuk saya. En sly memberi semangat kepada saya masih ada masa lagi untuk tukar tajuk. Pada masa yang sama saya telah menunjukkan kan tempat yang saya ingin buat tetapi tidak sesuai dan atas dorongan en sly, en sly menyuruh saya mencari tempat yang mempunyai daya tarikan dan kurang dipromosika lagi

Ini adalah tempat saya tunjuk kepada supervisior saya tetapi ditolak iaitu i-city di Shah Alam








Night view


waterpark



snow walk






   

Minggu kedua Final Year Project



Pada minggu kedua saya telah berbincang dengan supervisior untuk memilih tajuk final year project. Saya telah sepakat untuk memilih Tadom Hill sebagai lokasi promosi kajian saya. Dari situ saya telah mula untuk membuat bab 1 yang mengandungi pengenalan, objektif kajian, permasalahan kajian dan sebagainya yang perlu ada di dalam bab 1.

Ini adalah yang terdapat didalam bab 1 saya

Pengenalan 


1.1  PENGENALAN


          Resort adalah perubahan tempat tinggal untuk sementara bagi seseorang di luar tempat kediamannya dengan tujuan adalah untuk mendapatkan ketenangan jiwa dan  emosi serta berhasrat ingin mengetahui sesuatu . Selain itu, dapat juga dikaitkan dengan kepentingan antaranya hubungan dengan aktiviti olah raga, kesihatan, keagamaan dan sebagainya (dirjen Pariwisata. Tanah air Indonesia, Hal 13 November, 1988 15. Resort juga bermaksud sebagai tempat tinggal istirehat dimusim panas, di tepi pantai mahupun di pegunungan yang banyak di kunjungi. (John M.echlos. Kamus Inggeris Inggeris Indonesia, gramedia, Jakarta, 1987). Kesimpulannya, resort adalah sebuat tempat persinggahan sementara oleh masyarakat untuk berkunjung atau melawati sesuatu tempat perlancongan.



          Promosi merupakan salah satu kaedah komunikasi pemasaran antara penjual dengan pembeli. Promosi jualan juga mengandungi semua kaedah komunikasi bertaja iaitu periklanan dan penjualan. Selain itu, promosi juga dapat dijadikan sebahagian panduan pemasaran dan ia juga melibatkan aktiviti-aktiviti iaitu perhubungan awam, pemberian sampel percuma, potongan harga dan pakej potongan harga dan sebagainya. Peranan promosi adalah komunikasi antara dua orang atau lebih dalam sesuatu penjualan untuk memberitahu dan memujuk pengguna sama ada secara langsung atau tidak langsung untuk mengguna sesuatu produk syarikat tersebut. Menurut, Tjiptono (2001 : 219), promosi pada hakikatnya adalah suatu komunikasi pemasaran, iaitu aktiviti pemasaran yang lebih kepada menyebarkan maklumat, mempengaruhi/memujuk dan mengingatkan pada sasaran atas perusahaan dan produk tersebut agar bersedia menerima, membeli dan setia pada produk yang di tawarkan perusahaan yang berkaitan. Kesimpulannya, promosi adalah perhubungan antara berapa orang dalam aktiviti mempromosikan sesuatu produk sama ada secara langsung atau tidak langsung.  

Objektif kajian

1.1  Objektif Kajian

          Secara keseluruhannya, objektif kajian ini adalah bertujuan untuk mendalami serta mengkaji bagaimankah cara yang sesuai untuk mempromosikan serta memperkenalkan Tadom Hill sebagai pusat pelancongan resort yang bercirikan alam semulajadi yang perlu di lawati oleh semua lapisan masyarakat secara berkesan.

Permasalahan kajian

1.1  Permasalahan Kajian

1.      Dalam kajian yang dibuat, didapati bahawa Tadom Hill tidak mempunyai promosi yang cukup berkesan dalam menarik pelancong tempatan serta pelancong asing. Promosi yang dilakukan oleh pihak Tadom Hill hanya mempunyai iklan di media sosial iaitu ‘facebook, website dan ‘instagram’ sahaja tidak mengunakan iklan elektronik seperti TVC dan Radio.

2.Dan sebagainya yang terdapat didalam bab 1 saya.



D

Minggu pertama Final Year Project



       Minggu pertama kami telah di bahagikan kepada beberapa kumpulan serta diberi supervisior masing-masing, kami juga perlu menghantar 3 tajuk proposal kepada pensyarah. 3 tajuk proposal saya ialah promosi hotel Seri Malaysia, Tadom Hill, dan Bagan Lalang Resort. Saya telah ditempat di bawah En slyvester sebagai supervisior saya.

Ini adalah tempat-tempat yang di pilih di dalam tajuk saya.



Bagan lalang Resort


Hotel Seri Malaysia



Tadom Hill 

Jumaat, Oktober 16, 2015

Pengenalan Diri





      Assalamualaikum, saya Nurul Sakinah binti Al Muzani. Berumur 22 tahun. Pelajar tahun Akhir di Universiti Malaysia Sarawak. Mengambil jurusan di Falkulti seni Gunaan dan Kreatif program Teknologi Seni Reka. Seorang yang simple dan sangat sukakan warna hijau. Saya membuat blog ini adalah untuk mempromosikan tajuk projek tahun akhir saya iaitu strategi promosi Eight Aches di Raub Pahang. Ramai yang yang tidak tahu lagi mengenai tempat berkenaan jadi saya mengambil tempat tersebut sebagai tempat kajian saya.








Ini adalah gambar keluarga saya, 2 orang adik lelaki tak termasuk haha...